definasi kapel itu yg menjadi persoalan atau mungkin pandang bercinta itu yg menjadi persoalan.
Kapel (couple) ni dlm erti pengertian lain adalah bermaksud pasangan.
Dan of coz dgn zaman sekarang bila kita definasikan kapel terus pemikiran kita akan terbayang pada pasangan yg bercinta dgn keluar berdua-duaan, dan lain-lain lagi yg mana kebanyakannya lebih berkisar pada perkara yg dilarang di dalam Islam.
Walaubagaimanapun definasi pemikiran begini tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana pemikiran ini adalah hasil dari kesimpulan yg dibuat dari pemerhatian yg dibuat oleh minda pada persikitaran yg ada sekarang.
Persoalannya dari sudut manakah kita mendifinasikan dan kita lihat maksud sebenar kapel tersebut adakah dari maksud berkapel mengikut cara yg diharuskan oleh Islam atau yg diharamkan oleh Islam?
Berbalik tentang memilih kapel dan melakukan solah.
Adakah tujuan niat nak memilih kapel tu adalah dgn maksud hendak memilih kapel yg bakal mengisi rumah-tangga kita yg sah?
Atau adakah tujuan kita nak memilih kapel tu dgn niat nak kenal hati budi dia dgn keluar kesana kemari dahulu dan lain-lain, sedangkan kita sendiri pada waktu tersebut belum pasti bila kita ingin mendirikan rumah tangga?
Dlm hal ini tak perlu diterangkan lebih lanjut lagi boleh atau tidak jika kita nak melakukan solah untuk memilih kapel jika kita berada dlm situasi yg pertama iaitu untuk mencari pasangan untuk mengisi rumah tangga.
Sedangkan situasi yg kedua terang-terang dah menunjukkan niat awal dan masalah-masalah yg akan timbul yg kebiasaannya akan menjurus kepada perkara yg dilarang didalam Islam.
Mungkin ada yg akan mempersoalkan juga pandangan saya yg seperti membolehkan nak berkapel sebelum menjadi suami isteri yg sah.
Seperti yg saya tekankan sebelum ini selagi mengikut syariat dan hukum hakam Islam saya tidak nampak mengapa perkara ini salah.
Jika pendapat saya salah mungkin ada yg boleh tolong terangkan dgn pandangan Islam dlm hal perjanjian sebelum perkahwinan atau pertunangan di sini.
Pengerusi Fatwa al-Azhar, Syaikh Atiyyah Saqr menjelaskan cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah.
Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis.
Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syarak adalah diharuskan oleh syarak dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.
(Ruj : Syaikh (Prof) Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb (Islam dan Cinta); Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah (Islam dan permasalahan Hidup); Ibn Qayyim al-Jauziah, Raudhah al-muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin (Taman orang-orang bercinta dan kerinduan)
No comments:
Post a Comment