Tuesday, December 28, 2010

Penambah ilmu...

ASSALAMUALAIKUM...............Subject : Sekadar Ingatan & Pedoman
>> >
>> > Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima
>> > Kali;
>> >
>> > 1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang
>> > dengan selalu membaca >
>> > Al-Quran.
>> >
>> > 2. Aku rumah yang gelap,  maka teranglah aku dengan
>> > selalu solat malam.
>> >
>> > 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah
>> > amal soleh yang  menjadi
>> > hamparan.
>> >
>> > 4. Aku rumah ular berbisa,  maka bawalah amalan
>> > Bismillah sebagai  penawar.
>> >
>> > 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka
>> > banyaklah bacaan "Laa ilaha
>> > illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat
>> > jawapan kepadanya.
>> >
>> > Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
>> >
>> > 1. Dunia itu racun, > zuhud itu ubatnya.
>> >
>> > 2. Harta itu racun, > zakat itu ubatnya.
>> >
>> > 3. Perkataan yang sia-sia itu racun, >  zikir itu
>> > ubatnya.
>> >
>> > 4. Seluruh umur itu racun, > taat itu ubatnya.
>> >
>> > 5. Seluruh tahun itu racun, >  Ramadhan itu ubatnya.
>> >
>> > Kirimkan Untuk Rakan-rakan Muslim Anda Yang Lain
>> > Sebagai Tanda Sahabatnya
>> > Sedang Mengingatinya.

"Sabda Rasullullah saw,
1.  Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka
    bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
2.  Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam
    a.s. memakan buah khuldi.
3.  Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah
    menerima  taubat Nabi Adam a.s.  Maka setiap
    mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas
   dan kemudian  dia  berdoa meminta sesuatu  pada
   Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan
   permintaannya.  
4. Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang
   dikerjakan oleh para Rasul  sebelumku.  
5. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari.
   Ini kerana apabila  matahari  terbit, terbitnya di
   antara dua  tanduk syaitan dan di situ sujudnya  
   setiap orang kafir.'

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah
dosa
mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,putihkanlah
muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya
Allah,berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy
Mu"
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di
atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2
berunsur maksiat ..
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan
tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam
menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat
Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
sampaikan pesanan ni kat rakan-rakan yang lain. Insya Allah dapat
pahala berdakwah.

solat rawatib:

1. 2 rakaat sebelum dan selepas solat zohor
2. 2 rakaat sebelum solat asar
3. 2 rakaat slepas solat maghrib
4. 2 rakaat sebelum dan selepas isyak
5. 2 rakaat sebelum suboh

mengikut hadis, solat sunat suboh adalah solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh rasulullah saw. Ada diantara hadis yang menyatakan solat rawatib ini akan menuntut hakknya di akhirat kelak. Ia bukanlah menunjukkan ia adalah wajib tetapi ia adalah untuk menunjukkan betapa pentingnya dan tingginya kelebihan solat ini dilakukan.

namun solat sunat tidak seperti solat wajib. Solat sunat ini bergantung kepada keadaan bilakah masa dibolehkan untuk melakukannya. Seperti kita dilarang melakukan solat sunat selepas solat asar dan sebelum maghrib.

Namun, di tanah haram, dikatakan tidak ada masa haram untuk melakukan solat sunat dan ia boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Solat sunat Istikharah - solat untuk memberi petunjuk
Amalkan dua rakaat solat sunat ‘Istikharah’. Niatnya ‘Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana allah Taala’. Dalam tiap sujud mintalah agar Allah berikan yang terbaik untuk saudari. Dalam sujud yang terakhir, berdoalah dalam hati ‘Ya Allah, jika pemuda itu (sebut namanya) baik untukku, baik untuk agamaku, baik untuk dunia dan akhiratku, maka jadikanlah ia suamiku dan permudahkanlah… Namun jika pemuda itu (namanya) tidak baik untukku, maka jauhkanlah dan berilah yang baik ya Allah. Sungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang aku tidak ketahui…’ Lakukanlah solat ‘istikharah’ ini selalu.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari    Asyura (10 Muharram)

 1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
    fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada
    tahun ini.
 2. Memuliakan fakir miskin
     fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur
     nanti
3. Menahan marah
    fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
    fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman  
   dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
    fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok
   di   syurga bagi tiap-tiap   rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
    fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada  
    neraka sekadar jauh seekor
   gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga
   ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada
   semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
    fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
    fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
    lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura
    kerana Allah Taala.
9. Bercelak
     fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
     fadhilat - Allah akan memandanginya dengan
     pandangan rahmah iakhirat  nanti
     11. Sembahyang sunat empat rakaat
     fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau  telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
 lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
 kerana     Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
 baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
     "ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
     fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
     fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian
    orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
     Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari  
     Asyura kerana Allah  Taala.
     fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali
    umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya  
    daripada neraka.

 Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.
AMIN


Solat nawafil kabliah dan ba'diah -sebelum dan selepas solat wajib.
Subuh - sebelum sahaja - solat sunat fajar. haram hukumny solat selepas.
Zohor - sebelum dan selepas (kabliah dan ba'diah) 2 atau 4 rakaat.
asar - sebelum sahaja. Haram hukumnya solat selepas.
maghrib - selepas sahaja. Haram hukumnya solat sebelum.
Isya- Sebelum dan selepas. Yang mua'kad menurut shafie ialah selepasnya.
Wallahualam

No comments:

Post a Comment