Anjung Atai
secubit yang kutuliskan, semoga selaut yang dapat dirasai. ia tidak mustahil justeru ALLAH itu Maha Kaya, mampu membalas lebih daripada kadar amalan yang dibuat oleh hamba-Nya. pesan-Nya "IQRA...."
Thursday, September 6, 2012
Wednesday, August 29, 2012
Sultan Muhammad Al Fateh
Di didik melaui 3 perkara :-
a) Yang pertama melalui adab
b) Yang kedua melalui proses hafazan Al Quran dan penghayatan Al Quran sepenuhnya
c) Yang ketida melalui sains ketenteraan
Secara ringkasnya, Al Fateh telah menyertai pasukan berperang ketika kecil. Hasil didikan ayahnya Sultan Murad yg telah memberi sebatang rotan kepada ulamak yg di tugaskan untuk mendidk Al Fateh telah menjadikan Al fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel pada umur 21 tahun. Sebelum peristiwa itu, Al Fateh telah menjadi Sultan sebanyak 2 kali iaitu ketika berusia 12 tahun dan 15 tahun. Bagi merobohkan dinding Kota Konstantinopel, Al Fateh sendiri mereka meriam bagi merobohkan dinding kota itu setebal 10 meter. Sudah 12 kali Kota Konstantinopel gagal ditawan oleh org Arab, tetapi Al Fateh merupakan keturunan Turki. Betul kata nabi
"Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam, Rajanya adalah sebaik baik raja manakala tenteranya adalah sebaik baik tentera"
Hijrahlah Bersama Hati Bukan Niqab Cuma...
Namun diri ini tetap tidak bisa menghitung niatnya. Mungkin dia masih muda. Harus ditunjuk mana jalan yang mesti diambil. Harusnya kita yang melihat mesti menegur. Bukan silap dia terus begitu. Silap kita yang tidak berpesan. Hanya mudah dengan terus 'berbunyi' di belakang. Tolong, yang melihat jangan begitu cepat menghukum. Fahami mereka. Selami hati mereka. Dan tunjuki apa yang benar. Dengan penuh kasih terhadap saudara seakidah. Maka dengan itu, bingkisan ini kucoretkan khusus buatmu. Muslimahku sayang, dengarkan...
Tatkala mengambil kata putus untuk berniqab maka "Jangan Main-Main"
Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. Bertudung labuh juga begitu. Berniqablah, ramai yang mahu menyokong dari belakang. Namun ingat, apabila kita memilih untuk memakai sebegini, orang-orang di sekeliling mempunyai high expectation terhadap kita. Apa yang betul dilakukan kelihatan biasa. Namun apabila sedikit yang silap, itu yang lebih besar terlihat. Kerana memang namanya manusia, ada yang hanya memandang sekelumit kesilapan dan keaiban berbanding memperbesar kelebihan dan kebaikan.
Bukanlah bermakna kita harus mengaut segala pandangan manusia agar segalanya dilihat tinggi pada kita. Bukan, sayang. Maksudku di sini, kita mesti berjaga-jaga terhadap diri sendiri. Kerana apabila memakai niqab dan tudung labuh begini, kita membawa bersama maruah Islam. Ya, maruah Islam. Take it seriously, my love. Memetik kata-kata Phua Chu Kang, "Don't play play." Jangan main-main.
Ini bukan soal mahu terlihat hanya diri kita yang baik bersama penampilan, tetapi juga mahu dunia melihat Islam yang tinggi dan indah nilainya! Jadilah muslimah yang meninggikan Islam. Bukan makin menjatuhkan.
Akhlak mesti dijaga. Kerana itu buah amal dan iman. Juga mengelak fitnah. Apabila hanya segelintir yang tidak begitu menjaga akhlak sejajar dengan cara pemakaiannya, ada manusia yang kurang memahami mula berbunyi...
"Saya tak bertudung. Bertudung labuh mana pun orang tu bukan baik sangat. Trust me. Saya dah pernah jumpa. Yang penting hati..."
"Apa la pompuan ni. Berniqab tapi gambar dekat Facebook dia, Astarghfirullah ...Wei, tak payah pakai niqab lah wei..."
"Ala, yang berniqab semua tu bukan cantik sangat pun, perasan banyak. Melebih je semua tu, dah macam ninja dah aku tengok. Ceitt. Blah la"
Bukan semua orang mahu faham kita yang begini tidak semestinya terlihat sempurna tetapi kitalah sendiri harus menjaga sedaya mungkin! Tidak boleh tidak. Mesti.
Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengatakan bahawa tudung wanita itu terbahagi kepada empat. Tudung pada wajah yang tidak mengundang fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat suami bukan buat lelaki ajnabi atau bukan mahram. Tudung pada mata yang tidak memandang lelaki lain selain mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak dipandang dan tidak memandang. Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah dengan sentiasa berzikir.
Muslimahku sayang, apabila ini yang dijaga maka yang lain pasti turut terjaga. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang terjaga dengan tidak melampaui batasan syariat. Anggota yang terjaga kerana peringatan sepi daripada tudung itu sendiri supaya menghindari maksiat. Hati yang terjaga daripada dicemari rasa riak dan takbur.
Sememangnya perempuan berniqab dan bertudung labuh ini baik. Baik dengan erti kata sebenarnya. Akhlak mengikut apa yang diajar Islam. Usah jadikan diri kita pemangsa kepada mereka yang begitu menjaga turut terkena tempias menjadi mangsa. Fitnah terjadi. Fitnah terhadap mereka yang berniqab dan bertudung labuh. Kasihan.
Namun, tidaklah pula bermakna harus menukar meter tudung menjadi semakin pendek kerana bimbang diri hanya membawa fitnah. Malah seharusnya hati semakin nekad memperbaiki dan menjaga akhlak dan bunga iman. Begitu, sayang. Apabila punya keazaman sebegitu maka diri telah pun membuka langkah menuju kebaikan.
Sayangku, jangan memilih memakai begini kerana lelaki.
Bertudunglah seperti yang diri mahu. Asal sahaja tudung itu tetap dilabuhkan menutupi dada. Tetap bertudung mengikut syariat bersama niqabmu. Namun awas pada hati sendiri, sayang. Jagalah ia selalu. Perhatikanlah ia sentiasa. Kerana dalam kegigihan kita melakukan kebaikan, syaitan itu juga tetap gigih berusaha membisik halus tanpa diri sedari.
Tiap kali melangkah keluar dari rumah, luruskan niat bahawa aku memakai begini hanya kerana Allah. Bukan untuk mendamba pujian dan hati lelaki. Bukan mahu menunjuk aku sekarang telah berubah menjadi lebih baik berbanding dahulu. Bukan mahu mengatakan, "Wahai Adam, lihatlah. Akulah wanita yang paling solehah. Moga sahaja kau jatuh cinta padaku".
Apabila itu yang terlintas, fikirlah apakah itu juga yang dipandang Allah? Tidak, sayang! Dia hanya ingin melihat ketulusan dan keikhlasan niat hatimu untuk berhijrah keranaNya. Apabila hatimu terdetik berhijrah kerana yang lain, hitunglah apakah amalan ini juga terhitung di sisiNya. Apabila diri memilih untuk memakai begini, jagalah niat itu sentiasa. Usah biarkan amalan kebaikan hangus rentung menjadi abu hanya kerana niat yang terpesong. Istighfarlah sentiasa. Kerana sememangnya kita manusia yang pelupa dan berdosa.
Utamakan yang lebih penting daripada yang penting.
Sayangku, pakailah niqab andai diri mahu. Perkara baik tiada siapa menghalang. Namun ingat, sayang, lihatlah yang lebih penting daripada keinginanmu untuk menutup muka bersama secebis kain indah itu. Mahu menjadi baik tidak semestinya dengan berniqab namun berniqablah andai itu benar menjadi motivasi buat diri untuk menjalani perubahan ke arah yang lebih baik. Walau begitu, tetap diri ini suka untuk mengingatkan kita bersama agar melihat perkara yang lebih utama berbanding perkara yang menjadi isu khilaf. Lihatlah yang lebih penting.
Lihatlah solat lima waktu kita. Apakah berusaha didirikan awal waktu seperti mana usaha keinginan untuk berniqab? Apakah terhafal sudah rukun-rukun serta syarat-syarat sah solat? Apakah solat itu cuba diri hayati supaya lebih khusyuk? Apakah bacaan solat itu diri fahami maknanya? Apakah solat itu bisa membuatkan diri merasa terlalu dekat dengan Allah?
Lihatlah hubungan yang terjalin antara manusia. Apakah ada api permusuhan yang belum terpadam? Apakah hati sering berprasangka buruk terhadap orang lain? Apakah hati dibisik iri dan dengki akan kejayaan dan kebahagiaan orang lain? Apakah diri ringan membantu tatkala sahabat memerlukan pertolongan? Apakah hati itu sentiasa diingatkan agar sering bersangka baik dengan manusia tiap ketika?
Lihatlah akhlak dalam diri. Nilailah dan hisablah diri sehari-hari. Apakah hati sentiasa diingatkan agar sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan? Apakah hati itu dididik untuk menyemai rasa rindu terhadap Rasulullah dengan sunnah Baginda? Apakah diri diajar untuk tekad dalam menimba ilmu daripada melayan cinta manusia? Apakah hati sentiasa ditiup bayu semangat tabah dan gigih dalam menjalani ujian daripada Allah?
Sayang, lihatlah yang ini terlebih dahulu berbanding niqab. Kerana kewajipan ini lebih dituntut. Jadilah muslimah yang bijak menentukan perkara yang paling penting dalam kehidupan. Jadilah muslimah yang bijak dengan melakukan perkara yang dirasakan penting tetapi tetap mengutamakan perkara yang lebih penting. Maka sayangku, ini lebih baik.
Mengapa mesti pandai mengutamakan hal yang lebih penting daripada yang penting? Andai kita sebenarnya mengetahui mentaati ibu bapa itu lebih dituntut daripada pemakaian niqab, maka tiada yang keliru dalam permasalahan "mak ayah saya tak bagi saya berniqab". Pilih ibu bapa berbanding niqab. Kerana taat ibu bapa itu wajib dan berniqab itu hanya sebahagian isu khilaf. Jelas, sayang?
Andai kita muslimah yang berniqab maka usah dipandang rendah kepada mereka yang memakai pashmina. Andai kita memakai tudung labuh maka jangan merasa lebih baik berbanding mereka yang memakai tudung melilit. Masih sehingga kini diri tiada mengetahui bagaimana pandanganNya. Kerana Dia lebih arif akan hati dan niat kita lebih daripada meter tudung itu. Takutlah pada hati sendiri yang suka menilai manusia dalam diam. Sehingga wujud rasa ujub terhadap diri sendiri.
Apabila benar niat kerana Allah dan tahu mengapa diri memilih memakai begini, percayalah itu yang akan memberi kekuatan berterusan. Walaupun ramai yang memandang serong. Walaupun ramai cuba menyalah anggap. Walaupun ramai melihat diri sebagai 'kamu-orang-pelik-ewww'. Kerana pemakaian hanya diniatkan kerana Allah. Sedikit pun kata-kata manusia tidak akan memberi kesan kepada hati seandainya benar ikhlas. Right? So, just go with what you're doing now, my love!
Andai terasa lemah, renung kembali niat dalam hati. Apakah benar di jalannya. Jangan pernah putus harapan dalam memperbaiki diri dan mengejar kebaikan. Kerana itu semua tidak akan datang tanpa keinginan yang kuat dan hati yang gigih menghadapi ujian! Contohilah Ummul Mukminin. Contohi peribadi mereka dan jadikan ia semangat buat diri untuk terus melangkah dalam mendidik hati menjadi muslimah sejati. Terus kuat, sayang!
Sayangku, pakailah dan hiasi bersamanya dengan ilmu dan akhlak.
Pakailah niqab itu. Pakailah tudung labuh itu. Pakailah pakaian yang menutup aurat mengikut garisan Islam. Andai pandai menyentuh isu kahwin tidak perlu menjadi begitu sempurna tetapi usaha itu mesti ada, begitu juga soal ini. Tidak perlu menunggu diri menjadi sempurna pada tiap sudut inci seperti meter kainnya, tetapi tekadkanlah jua dalam hati keazaman dan keinginan menjadi lebih baik. Bersama ilmu dan akhlak.
Yang kurang benar kelihatannya apabila dipakai tanpa ilmu dan keazaman pembaikan akhlak. Itu yang akhirnya mula terjadi fitnah kepada pemakai niqab dan tudung labuh. Kerana itu niat amat dititikberatkan. Apabila niat benar, tindakan yang diambil juga benar. Apabila niat ingin memakai niqab sebagai dorongan menjadi lebih baik, maka diri akan berusaha walau bagaimana cara sekalipun untuk menjadi muslimah yang terbaik! Apabila niat asal terpesong maka itu yang dibimbangi apabila hati mula menurut nafsu. Jadikan niqab sebagai dorongan untuk menjadikan diri lebih baik. That's the best. Namun, andai diri bukan daripada kalanganniqabis, it's alright dear. Kita semua sama sahaja. Kerana tetap sahaja taqwa itu menjadi pembeza. Dan tetap sahaja yang istimewa itu buat muslimah yang menjaga auratnya.
Jaga akhlak. Jaga akhlak. Dan jaga akhlak. Kerana manusia tidak akan bertanya, "Tinggi manakah ilmu yang ukhti miliki?" tetapi manusia akan mula menilai melalui peribadi. Akhlak. Yes, exactly my love. Akhlak hasil daripada ilmu yang dimiliki. Tuntutlah ilmu yang benar dan secara sendiri ia akan dimanifestasikan dalam akhlak yang juga benar. Kerana ilmu itu berperanan mewujudkan perasaan khauf atau takut kepada Allah sehingga melahirkan akhlak yang baik. Biarlah qudwah itu bersama akhlak dan tudung.
Tidak semestinya berniqab lebih baik daripada yang memakai pashmina. Tidak semestinya yang bertudung labuh lebih baik daripada tudung melilit. Tidak semestinya yang memakai tudung melilit lebih baik daripada yang berniqab. Tidak semestinya mereka yang memakai pashmina lebih baik daripada yang bertudung labuh. Kerana? Kerana tinggalkanlah itu semua kepada rahsia penilaian Allah.
Dan kerana setiap daripada kita punya peluang berubah ke arah kebaikan selagi nafas masih terhela. Jangan persiakannya. Maka sayangku, genggamlah jemari sahabatmu yang lain dan bantu. Sebarkan kecintaan terhadap sesama muslimah. Padamkan segala prasangka andai ada ternyala.
Jadi baik itu bukan diukur pada tudung. Jadi baik itu adalah pada hati yang ikhlas. Namun tudung mengikut syariat itu tetap wajib. Jalankan walaupun ada yang terasa payah! Kerana percayalah tudung itu akan mula menjernihkan hati yang kotor. Mendorong hati dan keyakinan ke arah jalan cahaya. Believe me!
Mari kita sama-sama. Tolong ajari diri yang menulis ini. Kerana sungguh, diri ini juga pemakai tudung labuh yang hanya bijak berkata-kata namun masih banyak kekurangan yang mesti diperbaiki. Terlalu.
Wallahua'lam. Last word. Uhibbukunna fillah ya akhowat!
Manisnya Pernikahan Kerana Iman
Perasaan itu ada di hati.
Dulu ia terpendam, kerana sibuk studi.
Atau, "Malaslah nak fikir... belum ready..."
"Belum sampai masanya lagi..."
"Macam mana nak mulakan, tak reti..."
"Saya memang sedang mencari lah ni..."
Perlahan-lahan, perasaan itu meresap ke hati.
"SubhanAllah, perasaan apakah ini..?"
Itulah perasaan yang suci, ingin saling menyayangi. Ingin saling melengkapi. Ingin dicintai. Ingin dirindui. Perasaan untuk bertemu pasangan. Di atas landasan pernikahan. Tatkala ia hadir dalam perasaan dan fikiran, layanilah ia dengan iman.
"Ya Allah Ya Rahman... Bimbinglah diriku menjadi jodoh yang baik... Temukan diriku dengan dia yang beriman... Permudahkanlah jalanku menuju pernikahan..."
Memilih melalui taaruf yang telus. Membincangkannya dengan ibu bapa, teman-teman yang berilmu lagi amanah. Hati lapang mendengar pandangan, terbuka menerima pesanan dari yang berpengalaman dan akhirnya keputusan itu, kepada Allah diserahkan.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar..."
Inilah antara untaian doa istikharah yang diajar Rasul SAW saat kita telah memilih dan mengenali latarbelakang calon jua bermusyawarah dengan insan-insan berilmu dan amanah. Kita membuat keputusan memilih si dia, dan kita kemudiannya bukan meminta pada Allah agar dia menjadi jodoh kita, tapi kita meminta keputusan Allah atas usaha-usaha kita, dan pastinya atas ilmu dan kebijaksanaan Allah. Malah, itulah misteri yang sejak dulu Allah telah tetapkan.
Akhirnya kita bernikah. Alhamdulillah.. SubhanAllah.. Allahu Akbar..
Nikmat bernikah sebenarnya terlalu indah dari yang kalian bayangkan. Nikmat itu bukan hanya pada hubungan jasmani, bukan hanya kerana bersatunya emosi suami isteri tapi lebih besar dari itu. Nikmat bernikah itu ada pada hati-hati yang berusaha dihidupkan dengan iman.
Sangat indah saat hati mampu merasai kurnia Allah yang Maha Penyayang. Dia yang menitiskan sakinah, ketenangan dan kenyamanan berada dalam kasih sayang berpasangan. Cinta yang mengalir sebening air yang menyejukkan hati-hati yang beriman.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang"
(Surah Maryam ayat 96)
(Surah Maryam ayat 96)
Indahnya menikah saat hati mampu merasa syukur atas limpahan rahmat Allah yang melingkari segenap kehidupan. Allah berkehendak menitipkan cinta dan rindu sesama suami dan isteri, hingga kalian menikmati kebahagiaan.
"Ya Allah... Kasih sayangMu terlalu hebat.. terlalu agung.. Allah Yang Maha Mulia, Maha Pemurah, segala puji bagiMu Ya Allah.. yang membenihkan kecintaan dan kerinduan di hati-hati kami suami isteri."
Dia – pasangan kita - insan yang berbeza. Datang dari keluarga dan latarbelakang berbeza. Namun dengan iman, kalian melayani pasangan dengan baik, penuh kasih sayang dan kelembutan. Kalian meminta-minta pada Allahur Rahman.
"Ya Allah Yang Maha Memberi Petunjuk... Tunjukilah kami dengan akhlak yang baik, jauhkan lah kami dari akhlak yang buruk."
Karakter pasangan yang menguji perasaan, dihadapi dengan iman. Kalian bermujahadah untuk menolak kesalahan pasangan dengan cara yang lebih baik. Hingga kasih sayang semakin merimbun di dalam rumahtangga itu.
"Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia"
(Surah Fussilat ayat 34)
(Surah Fussilat ayat 34)
Dengan iman, kalian saling berkhidmat pada pasangan hanya kerana mengharap keredhaan Tuhan. Hati-hati berusaha diikhlaskan.
Seorang isteri... senyuman, perkataan, perbuatan, teguran, masakan, kebersihan, kelembutan, belaian, penjagaan zuriat dan rumahtangga seluruhnya mengharap pertolongan Allah Yang Maha Membantu.
Seorang suami... harta benda, kediaman, kenderaan, kewangan, perhatian, kasih sayang, nafkah zahir batin pasangan, kebahagiaan rumahtangga yang dipimpin dan diusahakan.. SemuaNYa kerana keyakinan dan ketaqwaan kepada Tuhan.
Apabila suami dan isteri berusaha membugarkan iman dan apabila pernikahan digerakkan di landasan iman.. itulah syurga dunia yang diidamkan.
Namun di sana, ada suami dan isteri yang benar –benar teruji dengan keburukan pasangan. Tatkala dirinya berusaha memberi yang terbaik, pasangan sebaliknya memandang remeh amanah pernikahan.
Tingkah pasangan yang menyesakkan perasaan, bulan dan tahun berganti tiada perubahan, jauh dari keharmonian yang diimpikan. Wahai tuhan, apakah Engkau sedang memberi hukuman?
Maha Suci Allah dari menzalimi hamba-hambaNYA. Namun, Allah dengan kasih sayang yang agung mengizinkan ujian getir menimpa rumahtangga kalian, kerana Dia begitu mencintaimu.
Dalam lafaz-lafaz doa kita yang dulu, bukankah kita memohon pernikahan untuk menambah iman?
Nah, Allah memberi ujian kesenangan dan kesulitan dalam pernikahan, agar pernikahan benar-benar menjadi wasilah untuk kita makin dekat, semakin dekat ke pangkuanNya. Makin mendalamkan iman dan cinta kita kepadaNya.
Tika kesabaran teruji dengan kerenah pasangan, berimankah kita dengan janji Allah akan ada kesenangan selepas kesusahan?
Tika kekusutan rumahtangga membelenggu jiwa, berimankah kita dengan ayatNya bahawa jalan keluar senantiasa ada buat hambaNya yang bertaqwa?
Tika kita memaafkan dan bersabar dengan segala keburukan pasangan, berimankah kita bahawa kemanisan iman itu terhasil bila kita tulus mencintai kerana Allah?
Ya, perkahwinan bukan mudah, terlalu banyak ranjau ujian, namun dengan iman pastinya tidak akan mudah hilang pedoman. Dengan iman, merasa Dia memberi bimbingan dan pertolongan. Melaluinya dengan kesabaran, kesyukuran... akhlak Rasulullah berusaha diterjemahkan, tuntutan Al-Quran berusaha direalitikan dalam kehidupan (rumahtangga).
Rasulullaah SAW bersabda yang bermaksud:-
"Alangkah menakjubkan keadaan seorang Mu'min. Setiap persoalan yang dihadapinya selalu menjadi kebaikan. Dan sikap itu tidak bisa dimiliki oleh siapa pun kecuali orang Mu'min. Apabila kegembiraan menghampirinya, dia bersyukur, dan itu menjadi kebaikan baginya. Dan apabila kesusahan menimpanya, dia bersabar, dan itu menjadi kebaikannya baginya."
(Hadis Riwayat Muslim)
(Hadis Riwayat Muslim)
Bahagialah kalian yang memilih iman sebelum, semasa dan sehingga pernikahan itu berlangsung di dunia, moga nikmatnya berterusan hingga ke syurga. InsyaAllah...
Teruskan bermujahadah, untuk merasa nikmat pernikahan yang amat manis lagi indah, jua menikmati musim-musim ujian cabaran agar pernikahan terus menjadi wasilah taqarrub ilAllah (dekat kepada Allah).
Islamic Poem on Death
Eyes stare brightly whist staring into the ceiling
Veins cringe and take their last breathe of oxygen
Call it intoxication of air when you are being refused it
As gasping becomes heavy.
Heart rate lowered dramatically,
I have no more heart
Brain becomes frozen,
I have no control over it..for it is not mine
Chills go up and down my spine
How perfect our body’s function, how divine
Ignorant of this day that I must face
When the consequences of my actions no one can wipe away
Stone reaction on my face
I suffer the feeling of guilt in my heart
But too late to change it, as my mind thinks faster than my heart rate
I cant believe how long I have left myself living in such disgrace
Ignorant of the reality
Ignorant of this place
We call world
Disingenuous of the canopy that covered my eyes
Take the last few breathes of air before I realise
That I have come to my demise
Come to the day where the next time I rise
Shall be in judgment of the life and I cannot disguise
I don’t want to let go!
I had too many plans
yet to accomplish yet to fill in my hands
visions of wealth when I can buy all of which that I wanted without ever holding out my hands
to ask for help
not only that of people but that of my Lord
I shall stand in shame in front of him
Cannot fight a lost battle
There’s no tongue and no sword
No rewind button, no next-door ward
With a difference choice playing strings of a different cord
My journey is over
Body is frozen
Eyes stare brightly whist staring into the ceiling
Veins cringe and take their last breathe of oxygen
Call it intoxication of air when you are being refused it
As gasping becomes heavy.
Heart rate lowered dramatically,
I have no more heart
Is it He Who giveth life and who taketh it and to Him shall ye all be brought back. (56)(Surah Yunus in the Quran)
Veins cringe and take their last breathe of oxygen
Call it intoxication of air when you are being refused it
As gasping becomes heavy.
Heart rate lowered dramatically,
I have no more heart
Brain becomes frozen,
I have no control over it..for it is not mine
Chills go up and down my spine
How perfect our body’s function, how divine
Ignorant of this day that I must face
When the consequences of my actions no one can wipe away
Stone reaction on my face
I suffer the feeling of guilt in my heart
But too late to change it, as my mind thinks faster than my heart rate
I cant believe how long I have left myself living in such disgrace
Ignorant of the reality
Ignorant of this place
We call world
Disingenuous of the canopy that covered my eyes
Take the last few breathes of air before I realise
That I have come to my demise
Come to the day where the next time I rise
Shall be in judgment of the life and I cannot disguise
I don’t want to let go!
I had too many plans
yet to accomplish yet to fill in my hands
visions of wealth when I can buy all of which that I wanted without ever holding out my hands
to ask for help
not only that of people but that of my Lord
I shall stand in shame in front of him
Cannot fight a lost battle
There’s no tongue and no sword
No rewind button, no next-door ward
With a difference choice playing strings of a different cord
My journey is over
Body is frozen
Eyes stare brightly whist staring into the ceiling
Veins cringe and take their last breathe of oxygen
Call it intoxication of air when you are being refused it
As gasping becomes heavy.
Heart rate lowered dramatically,
I have no more heart
Is it He Who giveth life and who taketh it and to Him shall ye all be brought back. (56)(Surah Yunus in the Quran)
Dialog Malaikat Jibril dengan Nabi Muhammad di tangga Mimbar
عن كَعْب بن عُجْرَة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: احْضُرُوا المنبَر، فَحضرْنَا، قلمَّا ارْتقَى درجَةً قَال: آمين، فلما ارتقى الدرجَة الثانية: قال آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين.
Terjemahan:
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.
[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]
Assalamualaikum..saya terpanggil untuk berkongsi dengan muslimin dan muslimat tentang perkara dalam video diatas. Sedikit sebanyak menyentuh jiwa yg halus ini. Sepotong kata dari ulamak ulamak terulung mengatakan bahawa anak adalah penyambung sesuatu keturunan. Tanpa zuriat keturunan itu akan berhenti di situ sahaja. Sedarlah bahawa segala manusia di atas bumi Allah ini ditakdirkan menjadi khalifah yg dapat memakmurkan dan memelihara bumi Allah ini. Khalifah yg dimaksudkan khalifah yg mempunyai cukup bekal ilmu agama dan segala ilmu dunia dan akhirat. Antaranya ilmu tersebut ialah pengurusan jenazah dari pada mula sehingga ke akhirnya. Asal disebut jenazah,semua mungkin mempunyai sifat takot, risau dan sedih. Bagi berkongsi sedikit ilmu,saya pernah menghadiri dan menyertai proses memandikan jenazah. Adakah memandikan jenazah ini boleh mendatang kesan atau nama lain "badi" yang berkekalan? Memandikan jenazah itu sendiri mempunyai banyak keistimewaan dan kesedaraan tersendiri. Bagi saya kesan memandikan jenazah itu sendiri amat mendalam dalam hati saya yang mengingatkan saya tentang apa itu erti memandikan jenazah. Melihat mayat yg kaku, tidak bergerak lgsg, tidak bernyawa di mana saya dan yg lain lain perlu memandikan jenazah tersebut. Subhanallah, Allah mengurniakan satu perasaam yg tidak dapat di bayangkan bagi insan yg masih hidup di atas muka dunia ini. Saya menyeru untuk diri saya dan yg lain lain samada muslimin atau muslimat, persiapkan dirimu dengan ilmu Allah demi kebaikan umat Islam sejagat terutamanya dalam soal memandikan jenazah. Video di atas saya kongsikan atas kesedaran saya sendiri yg masih mempunyai raja dan permaisuri di dalam keluarga saya, bila tiba satu hari nnti,saya berdoa pada Allah Yang Maha Esa semoga saya dapat menjadi anak yg berjaya memelihara kedua ibu bapa sebelum menemuai Allah. Hayati dengan hati yg ikhlas dan sedarlah apa itu tanggung jawab kita sebagai seorg anak. Jazakallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)